Sabtu, 26 Mac 2016

KETAGIHAN GULA MENYEBABKAN KEGEMUKAN DAN MANFAAT VITAMIN C



1. Gemar memakan makanan yang manis seperti kek, donat menyebabkan rasa puas dan nikmat. Ini menyebabkan ketagihan.

2. Insulin dikeluarkan dengan banyak dalam darah, bertujuan untuk menurunkan gula dalam darah. Sebahagian gula ini disimpan sebagai lemak (dan menyebabkan kegemukan),


3.Kandungan gula dalam menurun dengan banyaknya dan menyebabkan rasa lapar.

4.Rasa lapar menyebabkan kita teringat pada makanan yang manis dan berkarbohidrat tinggi.




sumber dari Dr Zubaidi Hj Ahmad


Vitamin C


Vitamin C sangat popular di pasaran (terutama dalam bentuk suntikan) kerana ia dikatakan membuatkan kulit menjadi cantik dan licin .

Vitamin C (Ascorbic Acid) adalah vitamin yang mudah larut dalam air. Ia amat diperlukan kerana tubuh tidak mampu mengeluarkan Vit C dan ia harus diambil dari sumber luar. Kekurangan vitamin C yang teruk di dalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI.

Vitamin C adalah antioksida yang hebat dan terlibat dalam 200 proses biokimia tubuh manusia.

Prof. Dr Linus Pauling, (meninggal dunia pada usia 93 tahun), menerangkan bahawa pesakit kanser tahap akhir dapat dirawat, atau paling tidak mengurang kesengsaraan pesakit di akhir hayatnya dengan memberikan vitamin C yang banyak.



Sumber yang kaya dengan Vitamin C :

(a) Buah-buahan seperti jambu batu, belimbing, limau, betik, nenas, mangga, buah beri, strawberri ,kiwi dan sebagainya

(b) Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, asparagus, brokoli, sawi, tomato dan sebagainya









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sbb berminat dengan produk Shaklee. Sila whatsapp ke 0199322411 untuk info lanjut.